Yeay !
Semalam aku dan Afiqah pergi Sunway Pyramid untuk ambil CD Take Me Home. Sangat teruja semalam sebab tak pernah shopping dekad Sunway Pyramid. I mean...jalan-jalan dekad situ pun tak pernah. Ok,pernah lah masuk sekali,itu pun sebab nak pergi Sunway Lagoon.
Mula-mula masuk Sunway,gila pening. Dah lah aku pergi berdua je dengan Afiqah. Yang si Afiqah jarang datang situ,aku lagi lah. Dua-dua tak tahu mana nak pergi. Haha! And,nasihat aku pada sesiapa di luar sana,jika anda rabun,sila bawa cermin mata anda. Urgh,of course lah korang akan bawa,aku je gedik selalu tak nak pakai cermin mata. Aku lupa nak bawa cermin mata and yes....Aku rasa nak sepak diri sendiri!
Dan yang lawak nya,kitorang nak cari kedai. Then tengoklah map yang ada dekad sana. Mula-mula 'hah,kita kena jalan terus lah,then belok belok belok and blablabla..' Dah tengok map,jalan punya jalan,then tengok keliling. Macam salah jalan je. Aku cakap dengan Afiqah 'aku rasa kedai nya dekad belakang sana lah' Baru terfikir nak patah balik,then ternampak kedai tu dekad depan mata kitorang je. Haha! Nasib baik tak patah balik tadi.
And,yeah.. Finally,aku dapat jugak ! :D
Lepas dah dapat CD,kitorang ingat nak pergi makan,tapi tiba-tiba ternampak kedai Popular,apa lagi...serbulah!
Pendek kan cerita,lepas dah jalan-jalan kitorang tengok wayang. Mula-mula nak tengok Istanbul Aku Datang,tapi......... gila panjang lah nak beratur. Istanbul start 1:30 and kitorang beratur pukul 1:05. Memang tak sempat lah. Tapi aku tetap beratur. Mana tahu sempat. But,still tak sempat. Dah pukul 1:30 dan aku masih beratur. Last-last Afiqah ajak tengok Paranormal Activity 4. Damn! Tau tak time tu aku rasa macam nak patah balik,tak nak tengok wayang. Haha! Tapi Afiqah kata 'tak ada apalah. Cerita nya tak seram mana pun. Dia tak adalah sampai hantu tu tiba-tiba muncul,terkejut-terkejut macam tu.'. Aku dah 'macam mana kalau PA4 ni dia nak buat kelainan sikit,kot-kot banyak scene terkejut.' tapi lama-lama aku....ok... Try lah tengok dulu. Aku tak pernah tengok PA1-3 so,aku tak tahu cerita nya macam mana.
And time nak beli tiket tu,semua seat penuh! Tinggal barisan depan sekali kalau nak seat dua orang. Aku dengan Afiqah dah ......... Sebenarnya ada lagi dua seat kosong dekat belakang. Tapi seat tu,depan belakang. Afiqah duduk barisan E,aku duduk barisan D tapi kitorang duduk seat nombor 10. Aku suruh Afiqah duduk dekat barisan D,biar aku duduk dekat belakang,then dia kata dia nak duduk belakang,nak tengok aku takut. Kuajaq! Haha!
Masuk panggung,kan ada trailer dulu. Trailer dia macam nak kena sepak je. Haha! Tengok trailer cerita vampire tu pun aku dah tutup muka dengan baju sejuk. Dah lah Afiqah dekad belakang,orang kiri kanan aku langsung aku tak kenal. Nasib baik kiri kanan aku perempuan. Afiqah kiri kanan dia lelaki. Hahaha! Padan muka,nak lagi duduk belakang. xD Aku ambil phone,pasang earphone then dengar lagu. Hahahahaha! Aku takut cerita tu menakutkan! Tapi,tak sampai 10 minit ceritanya,aku cabut balik earphone aku. Best pulak cerita nya. Hahaha!
Cerita dah habis,keluar panggung je,Afiqah cakap 'masin mulut kau.' Well... Haha! Betul apa aku cakap,cerita tu takda lah banyak sangat scene terkejutnya,tapi kau tahu lah sound effect nya macam mana.
Lepas tengok wayang,singgah kedai coklat. Pergh! Boleh pengsan aku dekad situ. Haha.
On the way nak balik rumah,adik suruh pasang CD dekad radio. Ayah pasang gila-gila kuat,bergegar kereta. Ber'Live While We're Young' aku dengan adik dekad dalam kereta. Hahahahha!
0 Comment(s)




