Boys Over Flower vs Hana Yuri Dango
![]() |
| Boys Over Flower |
![]() |
| Hana Yuri Dango |
=========================================================
Geum Jan Di (Goo Hye Sun)
Geum Jan Di,gadis biase yang menjadi pembantu sambilan bapanya di kedai dobi. Satu hari,Jan Di kena hantar baju uniform salah seorang pelajar di Shinhwa High. Shinhwa high ialah tempat dimana pelajar kaya sahaja yang boleh belajar disitu. Semasa dia hendak menghantar baju tersebut,berlaku kekecohan die sekolah itu. Seorang pelajar dibuli dan pelajar itu nekad mahu membunuh diri. Jan Di cuba menyelamat kan pelajar itu,dan disebab kan itu,president Shinhwa mengarahkan agar Jan Di bersekolah di Shinhwa High walaupun keluarga Jan Di bukan lah keluarga yang kaya. Jan Di pada mulanya enggan bersekolah di situ,tetapi atas desakan keluarga dan hobinya,berenang maka Jandi mengambil keputusan untuk bersekolah di situ memandang di sekolah itu ada kolam renang.
F4
Hensem-hensem kan? HAHA! F4 ialah 4 jejaka yang terkaya di Shinhwa High. Dekat Shinhwa High,diorang memang glamor. Kalau nampak je diorang,semua budak perempuan menjerit-jerit. Tapi,ketua F4 memang kejam! Diorang berkawan sejak kecil. Diorang time kecil memang chomel! nak bukti?
Comel tak? HAHA!
Goo Jun Pyo (Lee Min Ho)
Goo Jun Pyo,anak kepada President Shinhwa. Dia ialah ketua F4,dan sangat kejam! Pantang ada orang buat salah sikit dekat dia je,memang habis la orang tu. Dia memang selalu bergaduh dengan Jan Di,tapi lame-lame dia jatuh hati dekat Jan Di. And dia seorang yang romantik! ;)
Yoon Ji Hoo (Kim Hyunjoong)
Yoon Ji Hoo,kaya tapi keseorangan. Ibu bapanya sudah tiada sejak dia kecil lagi akibat kemalangan. Min Seo Hyeon yang menjaga nya dari kecil dan Seo Hyeon lah cinta pertama dan ibu kepada Ji Hoo. Ji Hoo banyak membantu Jan Di sewaktu Jan Di dibuli oleh Jun Pyo. Ji Hoo juga cinta pertama Jan Di. Dia ibarat 'LOCENG KECEMASAN' bagi Jan Di kerana Ji Hoo sentiasa ada semasa Jan Di di dalam kesusahan. Dia suka warna putih! ;)
Yi Jung (Kim Beom)
Yi Jung,seorang yang bijak,berbakat dan playboy. Bermasalah dengan bapanya yang juga playboy. Tapi dia hensem! ;)
Woo Bin (Kim Joon)
Woo Bin,seorang yang hebadd! Dia pandai berlawan,boleh diibarat sebagai samseng. (aku suka time die cakap,"yo my bro,welcome back!" ^_^)
Cerita ni berakhir dengan HAPPY ENDING! HAHA! Hana Yuri Dango,cerita nya pun lebih kurang sama cuma F4 Korea lebih hensem+nampak lebih kaya! Aku nak tengok Hana Yuri Dango pulak lepas ni!
-Chipsmore-
0 Comment(s)












